Wednesday, March 30, 2016

SOAL JAWAB ASAS BERKAITAN CENDAWAN MEKAH/MUD MUD/KOMBUCHA

Soalan(S) dan Jawapan(J) berkaitan Kombucha.

S: Apa itu Kombucha?
J: Kombucha ialah teh yang ditapai dengan beberapa jenis bakteria dan yis, secara tradisional dikenali sebagai Teh Cendawan Mekah, Teh Mud Mud, Ibu Som, Cendawan Ajaib dan beberapa nama lagi. Rekod telah menunjukkan minuman ini digunakan sebagai minuman kesihatan dalam perubatan tradisional dan diamalkan setiap hari. Minuman ini juga terdapat dalam perubatan tradisional di China, Jepun, Rusia, Indonesia dan mula mendapat tempat di negara-negara Eropah.

S: Bagaimana rasa minuman ini?
J: Bergantung kepada jenis teh dan gula yang digunakan serta masa penapaian yang diambil. Kebiasaannya Kombucha menggunakan teh hitam (Camellia Sinensis) dan rasanya masam, manis dan sedikit kelat teh. Minuman ini enak diminum sejuk.

S: Mengapa perlu minum Kombucha?
J: Demi kesihatan berpanjangan dan hari-hari mendatang yang ceria bersama keluarga, dan sebagai langkah amalan pemakanan yang baik.

S: Berapa harga untuk mendapatkan benih atau ibu Kombucha?
J: Kami mengamalkan amalan perkongsian. Sila rujuk senarai pemilik bagi mendapatkan bekalan yang terdekat dengan kawasan anda.

S: Apakah khasiat minuman Kombucha?
J: Kombucha diamalkan untuk membantu meningkatkan kesihatan dengan kandungan antioksidan semulajadinya dan asid organik yang membantu menyeimbangkan fungsi tubuh dan menggalakkan nyahtoksik (fungsi hati).
Kombucha juga bertindak balas mengikut kesesuaian tubuh seseorang serta turut digunakan merawat batuk berpanjangan, ketidakhadaman dan kelesuan. Terdapat beberapa kajian saintifik yang dilakukan bagi membuktikan khasiat minuman ini.

S: Adakah minuman ini Halal kerana proses fermentasi pasti menghasilkan alkohol?
J: Ya, minuman Kombucha ini HALAL kerana alkohol yang terhasil telah bertukar menjadi asid organik(seperti proses cuka asli). Sila KLIK untuk maklumat lanjut..

S: Bagaimana cara meminum Kombucha yang terbaik?
J: Lebih nikmat jika disejukkan dan minum terus.

S: Adakah normal jika berasa pening atau kurang selesa selepas minum Kombucha?
J: Ianya normal bagi sesetengah individu yang agak sensitif. Disarankan pengambilan sedikit demi demi sedikit sehingga boleh diadaptasi oleh tubuh badan. Berkemungkinan simptom penolakan pada peringkat awal atau pengambilan yang agak banyak untuk pertama kali. Info lanjut di sini.

S: Adakah Kombucha sesuai untuk ibu mengandung atau menyusu?
J: Ya, amat sesuai JIKA individu tersebut telah biasa minum sebelum mengandung atau menyusu dan serasi dengannya SERTA DIAMBIL SECARA TERKAWAL. Disarankan kepada yang pertama kali mengambilnya agar berhati-hati kerana mungkin akan ada simptom penolakan. Sesetengah ibu menyusu telah membuktikan dengan minum Kombucha akan menghasilkan lebih banyak susu.

* Disklaimer: Penyataan ini tidak dikeluarkan atau diselia Food and Drug Administration. Produk ini hanya sebagai makanan tambahan dan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.


No comments:

Post a Comment